Akupunktur (Acupuncture)

Akupuntur

Akupuntur adalah terapi dikenali ramai dalam peubatan tradisional dan komplementari. Akupuntur adalah satu kaedah rawatan yang bermula lebih daripada 3000 tahun yang lalu di China dan diamalkan kebanyakan tempat di dunia. Prinsip utama dalam perubatan tradisional Cina adalah bahawa kesihatan dan penyakit terjadi akibat dari ketidakseimbangan yin dan yang . Yin merujuk kepada aspek feminin hidupan (sejuk, lembut dan lain-lain). Manakala Yang aspek kelakian, (keras, dominan, bertenaga, panas dan lain-lain). Pergeraka tenaga ini dinamakan Qi (chi) dalam saluran tenaga yang dikenali sebagai mandian yang bergerak dalam pola yang tetap di dalam badan dan juga di permukaannya.